Monday, March 5, 2012

Maafkan Saya Maxis, Saya Terpaksa Ceraikan Awak.



Assalamualaikum. :)


Saya kan dok hostel, jadi biasa lah kan student akan depends kat broadband untuk surf internet. Can't live without internet. haha. Nak harapkan wifi kolej memang macam siput tuttt je. Since sem lepas saya guna maxis broadband. Tapi bilik saya ni kan macam dalam gua, connection pun memang sebijik macam nenek siput tuutttt. Lagi-lagi kalau tengah carik bahan untuk assignment, memang boleh meroyan depan lappy ni. kehkeh. :P And now, saya dah dapat solution dia. Ce teka ce teka apakah dia? Subscribe wifi KUIS? Pasang Streamyx kat hostel? Oh tidaaaakkkkk... :P


-



















-




























-






































 taraaaaaaaaaaaaaaa~~



U Mobile broadband!



Yups I'm U Mobile broadband user now. :) Maxis broadband tu akan di-terminate after abes kontrak. Maafkan saya ye encik maxis broadband! Service anda kurang memuaskan. Connection anda slow di tempat saya. Jadi saya terpaksa ceraikan awak. Sila jangan saman saya~ :P

Apa yang best tentang U Mobile broadband ni, monthly rate dia sama macam maxis broadband cuma maximum data U Mobile ni laaaaggiiiiii banyak. Laju pulak tu (kat tempat saya ni lah, Bandar Seri Putra, Bangi). Tetiba teringin nak tengok cite Ali Baba Bujang Lapok. Bukak youtube, cite tu ada 13 parts. Saya bukak tab banyak-banyak, tapi laju gilerr dia loading. Sukaaaaaaaaaaa~



Comel tak bf baru saya? kehkeh :P



Actually saya tau pasal U Mobile broadband ni pun daripada lecturer fakulti saya. She's one of the fellow here. Beliau pernah try guna U Mobile broadband ni kat area hostel ni and she said connection dia sangat awesome. Tu yang tetiba mengada nak curang dengan maxis. haha. 

Siapa yang tak nak kan, monthly rate yang sama from your previous broadband, tapi maximum data lagi banyak, then dapat lagi 20% rebate for the first 5 months. Paling best adalah dia takde kontrak. Let say kalau dah tak nak guna lagi, boleh simply terminate tanpa perlu return balik modem tu. Plus, modem ni boleh suits with any network. yeaayyyy~

Tapi setiap benda sure ada pros and cons kan. Depends lah kita nak choose yang mana. So sekarang ni takde lah saya meroyan lagi. Takde lagi jumpa, "Web page is not available". kehkehkeh. :P For those yang ada kat area Bandar Seri Putra ni, kalau tak nak meroyan lagi sila lah subscribe U Mobile broadband. Boleh dapatkan kat Tesco atau Giant Nilai. Carik booth U Mobile. Trademark dia adalah warna orange. Tapi tak semua tempat ada U Mobile coverage taw. Kan dia baru lagi kat Malaysia ni. Please make wise decision. ececehh. :) Untuk info pasal U Mobile ni, boleh klik U Mobile.


footnote :

Three paper left. Need to gain some spirit to wake up back. Banyak betul dugaan time final. gggrrrr~

11.50 p.m (^_^)

[Klik pada 'MAIL' untuk comment]

Wednesday, February 29, 2012

Congratulations My Dear Sister!



Assalamualaikum. :)


waahh dah lebih seminggu saya menghilangkan diri. Actually tak hilang pun, ada je kat sini. Cume busy sikit dengan wedding kakak. Then yesterday was my first paper. Yeahhh my final exam already began. Jangan tanya okay ke tak. Lack of preparation, so faham-faham je lah. huhuu.


Alhamdulillah walimatul urus my sister dah selamat berlangsung dengan jayanya. Serius kerja kahwin ni penat. Walaupun saya cuma tolong-tolong menyibuk tak seberapa, tapi terasa kepenatan tu tau. Perjalanan majlis :

  • 24th February 2012 (Friday) - Solemnization
  • 25th February 2012 (Saturday night) - Malam berinai
  • 26th February 2012 (Sunday) - Wedding Ceremony




Thanks friends for coming. :)


Masa akad nikah, as usual baju brides warna putih lah kan. Malam berinai tu tema maroon, tapi saya pakai baju tak ikut tema pun, ikut suka hati je. haha. Majlis penuh ahad tu tema adalah grey. Saya tak fully grey, my partner and I was their bridesmaid. We're wearing black sebab kalau pakai grey jugak nanti brides akan nampak tenggalam.

After abes majlis Ahad petang tu, kitorang zass pergi Putrajaya untuk outdoor photoshoot session. Kami-kami (saya, my bro, cousin and anak buah) pun menyibuk nak outdoor photoshoot jugak. kehkeh. Memula pergi botanical garden dulu, then kitorang terus balik rumah sebab tak larat nak tunggu sampai abes. Dengan hujan lagi. wuwuu. Saya jumpa another few brides yang buat outdoor kat situ jugak. Situ memang port best untuk buat outdoor wedding photography ek? Ada tak tempat lain yang best, kot-kot lah time saya nanti boleh buat kat situ. haha.

Tak ramai pun kengkawan saya yang datang. Masing-masing takde kat sini. Takpe lah, wedding saya nanti kengkawan saya WAJIB datang. Tak datang siap lah korang. muahaha. Lepas majlis abes, rasa macam nak pengsan tengok rumah bersepah gilerr. Kat luar rumah, dapur, bilik saya lagi. Bilik pengantin of course lah kemas, tapi bilik adik-adik pengantin yang huru-hara. Bila tengok bilik saya macam kapal karam (sebab orang keluar masuk tumpang lepak & solat), waaaa rasa nak makan orang je. Dah lah esoknya saya ada paper. Memang langsung tak sempat nak sentuh buku. Tu yang muka tension je masa on the way nak balik kampus semalam. Nak pergi exam pun takde mood (alasan). :P


Anyway,

Congratulations to 
Puan Akma Emmillia & Encik Mohd. Nazri.
Semoga saya cepat dapat anak buah. haha! :P


footnote :

Pics wedding my sis banyak kat kamera photographers dia. Saya pun busy, tak sempat nak meng-capture masa tu. Haa, I'll just got confirmation that starting from this semester, minimum dean's list is 3.75. Let's struggle! :)


11.14 p.m (^_^)

[Klik pada 'MAIL' untuk comment]

Tuesday, February 21, 2012

Dean's List : Minimum 3.75?



Assalamualaikum. :)



Semalam saje usha-usha komen kat group siswiMahallahKUIS. Dia group kat facebook lah, tapi group ni untuk SISWI sahaja. Kira macam medium diskusi, pengumuman, aduan dan everything yang berkaitan dengan mahallah (hostel) siswi kat sini. 

Then saya ada terbaca, ada komen tu kata (pandai pulak komen tu bercakap ye. haha), bermula daripada semester ni, pointer minimum untuk dean's list adalah 3.75! Oh saya pun macam, nak percaya ke tak, nak percaya ke tak. Awat tinggi sangat? wuwuu. Bila tanya member-member lain, diorang kata memang betul. wahhh tetiba rasa macam tak confident dengan diri sendiri pulak. huhu.







Alhamdulillah my lowest pointer setakat ni more than 3.75 tu, tapi biasa lah kan, makin naik sem makin tak confident. Mengada lebih kan. Rasa macam nak lempang diri sendiri. dush dush. hehee. :P

Oh I'm talking about minimum dean's list kat KUIS ye. Kat tempat lain saya tak sure pulak camne. Kan KUIS dalam proses jalankan "Transformation of KUIS". Maybe the changing of minimum dean's list pointer was one of their agenda. Okay Aida, sila jangan mengeluh dan bagi sebarang alasan. Anggap benda ni sebagai cabaran untuk anda strive and struggle more, more n more. (peringatan kepada diri sendiri. kuikui) :P

footnote :

Tomorrow will be the last class for this semester (tapi ada test OOP). Actually sekarang ni tengah study week, tapi ada certain class yang tak abes lagi. Wish me luck. :)


9.23 p.m (^_^)

[Klik pada 'MAIL' untuk comment]

Saturday, February 18, 2012

Final Exam Timetable Semester III Session II 2011/2012.



Assalamualaikum. :)



Saya terperasan roommate saya dah print out jadual final exam. Jadi saya laju-laju bukak portal nak tengok. Sekali tengok exam slip dengan exam timetable dah keluar. haha teruja kejap. Bila jadual exam dah keluar, that means final exam is just around the corner! wuwuwu.



*click at the picture below for the larger view*




Yeahh sem ni saya ambik lima subjek je, total 13 credit hours. Sikit kan? Sebab sikit lah yang buat saya scary. Tak boleh memain. Cukup lah last two semesters my pointer a bit dropped. Next week wedding my sis. Saya akan mem-busy dengan majlis kakak bila orang lain tengah mem-busy buat preparation untuk final exam. waaa cobaan.

footnote :

Wish me luck everyone. Doa kalian sangat membantu. Saya mintak maaf ek if dalam ber-blogging ni ada terlepas kata ke, menyinggung mana-mana pihak ke. Saya really mintak maaf. 0-0 ek? :)



[Klik pada 'MAIL' untuk comment]

Friday, February 17, 2012

Wake Up Back If You're Falling Down.




Assalamualaikum. :)


Salam saiyidul ayyam, penghulu segala hari. Semoga Jumaat hari ni lebih mendekatkan kita dengan Sang Pencipta. :)


Agree tak kalau saya suruh bangkit balik lepas kita jatuh? Macam masa kita baru nak belajar berjalan dulu. Bila kita baru nak mula langkah pertama, mesti lepas tu kita jatuh. Tapi parents kita sure suruh kita bangun balik and move forward kan. Memula kita asyik jatuh je. Baru nak belajar berjalan kan, mana pandai nak balance-kan badan. Dengan pakai pampers lagi. Tang vontot je dah berat. kehkeh. Lama-lama bila kita dok practise berjalan, kan dah pandai sikit-sikit. Dah boleh lari kejar kucing pun. kan kan.


Same goes to our life. Hidup ni kan macam roda. Bulat. Kita hidup pun atas Bumi Allah yang berbentuk sfera ni. Kadang-kadang kita kat atas. Ada masa kita akan jatuh ke bawah. Kenapa? Sebab itu lumrah hidup. Allah akan menguji hamba-NYA dengan macam-macam cara untuk uji keimanan kita and see how strong we are. Adakah kita terus setia bersujud pada DIA atau adakah kita hanya akan ingat Allah bila kita jatuh je? Ohh not good not good. Jangan pernah tinggalkan DIA, tak kira masa kita senang atau susah.

Semalam saya ada chat dengan member sekolah menengah dulu. Dia sekarang sem dua kat one of the IPTS in Malaysia. Dia macam rendah diri sebab ada kengkawan sebaya yang dah further degree. Tapi dia baru diploma sem dua. Haa kes dia lebih kurang macam saya lah. Kadang-kadang pun saya ada jugak rasa camtu bila tengok kawan-kawan sebaya saya dah sambung degree, dah nak fly ke overseas, ada yang memang lepas SPM terus study abroad pun. Saya rasa macam, haishh aku je yang tertinggal keretapi, baru hegeh-hegeh 2nd year diploma, tu pun bukan kat IPTA. 




I'll never give up. :)


Sekarang saya dalam fasa penghujung sem 3. Majority batch saya (intake Oktober 2010) adalah ex-student sana sini sebelum masuk KUIS ni. Tak payah cakap orang lah kan, saya sendiri adalah ex-matrixian Negeri Sembilan. Tak sampai satu sem dah quit. Ohh I've no regret. It was my own decision. Then KUIS was my last choice (opppsss... don't let anybody know ek! haha). Tapi betul lah Allah knows the best. Alhamdulillah I'm getting better here. Mungkin kalau saya teruskan matrix dulu study saya terus hancur. Silap-silap degree pun dapat course lelong. Takmoooo.

Dulu kan masa form 4, actually saya pernah masuk Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (kat Seremban kot, lupa pulak). Sekolah tu antara top 3 the best antara sekolah teknik kat Malaysia, sekolah kluster lagi tu. Tapi tak sampai seminggu pun kat sana saya terus larikan diri. hahaha lawak pulak bila ingat balik.   Saya dapat course Civil Engineering. Cehhh apa kes dari sekolah agama tetiba masuk teknik ambik engineering kan. kuikuikui. If I'm not mistaken saya quit sebab some of my relatives tak agree saya masuk teknik tu. They said, PMR saya 8A tapi kenapa masuk teknik? why why why. haha okay ini over. :P Lepas saya quit teknik, saya kembali ke pangkal jalan sekolah lama saya, SMK Telok Datok, ambik sains tulen plus agama. Unfortunately result SPM tak lah excellent mana, dapat triple four je. kahkahkah. Eh dah melalut jauh ni. Ada yang kata saya tak serasi dengan Negeri Sembilan. Dah dua kali dapat belajar sana (teknik & matrix) asyik quit je. haha. 

Sebenar nya kan kan, I just wanna say, tempat belajar bukan penentu segalanya (tiada unsur jealous dan sewaktu dengannya ye). Saya dah banyak kali jatuh, but I tried to wake up back. Tak kira lah kita belajar kat mana-mana pun, IPTA ke IPTS ke abroad ke tak abroad, diploma ke degree ke, takde beza dan takde makna kalau kita sendiri takde effort untuk meng-improve-kan diri kita sendiri. Agree tak?

Dan tak perlu lah nak rasa rendah diri dan sila jangan jadi macam saya (suka meng-compare-kan diri dengan orang lain, lepas tu nak humble-humble. rasa macam nak lempang diri sendiri laju-laju kan. :P). Never compare yourself with others sebab rezeki orang tak sama, Allah dah tentukan rezeki masing-masing kan. Percayalah setiap orang boleh berjaya, cuma cara dan jalan nak capai kejayaan tu je yang berbeza. Kalau semua orang sama, tak best lah life ni. It'll be super boringss right. hehe. 


"Don't you ever let yourself falling down without wake up back. Put more effort & struggle selagi boleh!"

:)



footnote :

Sorry for any grammar mistakes. Saya budak baru belajar. Tolong bagi saya kata-kata semangat untuk prepare for final boleh tak? Peh-liss.

2.59 p.m (^_^)

[Klik pada 'MAIL' untuk comment]